Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

17 September 2011

thing-i-hate-most

aku nak sgt update blog, tapi tak tahu nak tulis apa.

jadi mari tulis pasal perkembangan aku dalam masa tersekat ni. sekarang dah minggu 8, bermakna cuma tinggal 4 minggu sebelum sem 2 berakhir. fuhh. tak sabar. lagi lagi 2 bulan lagi nak balik malaysia. tapi sebelum tu kena tempuh peperiksaan besar. takotnye! dan minggu depan depan aku cuti yeah. 2 minggu, cuti spring. aku nak hibernate je ok. takde duit nak pergi mana mana dah, almaklumlah duit dah tak berapa nak ada. tiket dari malaysia ke sini mahal sgt dekpun. jadi aku akan menghadap laptop sampai bengkak bijik mate, tgklah cite apa yg ada.


Mari ke topic yang lebih serius. Tentang perkara yang aku tak suka. Memanglah banyak, tapi aku nak fokuskan pada satu perkara yang aku sangat tak suka. Iaitu DIMARAHI. Lagi lagi di depan orang ramai. Cakap kuat-kuat, buat muka sampah, pastu orang sekeliling pandang kau sinis, dan kau tak tahu nak letak muka kat mana, memang sangat ‘seronok’. Bingit lah weh. Kadang2 bila mak aku marah pun aku melawan. Sebab aku fikir, KALAU CAKAP BAIK-BAIK PUN ORANG IKUT JUGAK LAH DER. Kalau tak dengar jugak, marah lah sampai pecah anak tekak sekalipun. At least dah pernah tegur kan, sapa suruh tak ikut. Orang tegur untuk kebaikan kau jugak. Jadi, tegurlah baik baik. Aku senyap je kalau kena pun. Seems like I’m a loser, but at least I try to avoid situation getting worse.

Kalau rasa bengang dengan orang kan, aku suka jarakkan diri. Tak kisahlah mcmana, asalkan jarang jumpa. Jadi dah lama-lama tu baik dengan sendiri. Yelah, kita bukan betul 100% pun,mungkin dia betul, ,kita salah, cuma kita tak dapat terima. Kan masing masing ada cara sendiri. Kadang kadang kita dah cuba jadi yang terbaik depan orang, tapi kat mata dia, kita buruk juga. Dah nama pun manusia.

Jadi, kesimpulannya, jangan biarkan perasaan marah menguasai diri. Sebabnya, setiap orang buat salah termasuklah kita jugak. Tolonglah fikir. Time susah, beria mintak tolong tu mintak tolong ni. Tapi time kita buat salah, walhal tak sengaja pun, habis tarik muka,tak nak cakap org, tny sepatah jwb sepatah, tgk muka pun tak nak, pastu duk hentak hentak barang. Segala kebaikan kita buat dulu dia lupa. Pernahlah jgk kena camni, bengang kot. heh sabo jela

sampai tu saja. assalamualaikum!





No comments: