Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

29 July 2012

Ampunkan aku



Sudah berjuta kali aku diberikan peluang,
Tapi aku kadangkala saja memekakkan telinga,membutakan mataku,
Hatiku sering berbelah bagi,
Manakah yang harus ku ikuti,
Sukar benar nak tinggalkan jahiliyyah ini,
Seringkali ku disuntik semangat,
Malangnya tak bertahan lama,
Mana pergi segala janji yang sering ku lontarkan,
Mudah saja hanyut dibawa arus masa,
Kenapa hati ini seolah masih teragak-agak,
Sedangkan kebenaran sudah di depan mata,
Kekuatan harus dibina,
Hidayah harus dicari,
Bukannya menjelma secara tiba-tiba,
Hari ini aku sedar sesuatu,
Kalau tak ku bermula saat ini,
Sampai bila pun takkan ku mampu jejakkan kedua kaki ke jalan ini,
Sekurang kurangnya, ada sesuatu yang mampu aku sumbangkan kepada agamaku.
Biarpun hanya setitik, kerana aku tahu apa 'tujuan hidupku'.


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

28 July 2012

TRIP TO NEW ZEALAND PART 3: WELLINGTON



Rasa macam tak lengkap selagi tak update the third and final part of my trip to New Zealand, which was in Wellington. Aku, Kak Ino dan Hanim sampai dulu, dan sesampainya kami di sana kami disambut oleh housemet kakak ku iaitu Kak Huda! Nothing much we did on that day (12th July) coz we're too exhausted. 

13th July 2012.
Majikan kakak ku ajak aku ke rumah dia, sampai 11.30am dan dia tak siap masak lagi pun. So kami habiskan masa bermain dengan anak-anak dia yang extremely comel! Aishah dan Nini. Lepas siap makan, kami pun jalan-jalan di city Wellington. Penat betul jalan kaki. Tapi cuaca hari tu tak berapa baik, mendung kelabu je, jadi hatiku pun jadi kelabu jgk. Hahaha. Tempat yang kitorg pergi macam Te Papa Museum, Oriental Bay, Night Market, ambil2 gambar kat Railway Station n Beehive.





@railway station

@oriental bay

@te papa museum

@night market


14th July 2012


Harini kami join paintball anjuran UMNO Wellington. Awesome gile!




Malamnya, kami dinner di Chentaaaaa. ^^

15th July 2012

Kemunculan Munzer dan Qalam sememangnya mengejutkan kami. Awal pagi kami berjalan ke Sunday Market. Hari ni, kitorg pergi tgk wind turbine, mmg la mampu generate electric, angin kat Welly kuat gila. Rasa nak terbang je kalau jalan. Then pergi Weta Cave jumpa Gollum. Pastu ada video behind the scene macam mana diorg buat The Lord of the Ring and few more movies. Hebat jgk bab2 movie, NZ ni. Then hantar Qalam balik, kemudiannya gerak ke shopping complex, lupa apa namanya. Hmmpphh tak banyak la gambar harini.






16th July 2012

Hari terakhir kat Welly. Sobs ;( Harini jalan-jalan city dan Victoria University of Wellington dengan Kak Lily dan Kak Sue. Balik tu singgah Sushi Bi, tempat paling osem utk makan sushi!







Kak Lily belanja. Saje besarkan gambar bulan2 pose nih haha 


Thanks Kak Lily. ^^ seronok dpt spend cuti ni dgn akakkkkkkk ;)



And with that, my trip to New Zealand officially ended. Thanks a lot to all, Kak Sue, Kak Mira, Kak Lily, Kak Mira Mir, Munzer, Qalam dan Munzer for this wonderful trip.

22 July 2012

ayuh kembali ke sekolah


salam.finally,,it's the end of winter holidays.time flies so fast.here we've been fasting for 3 days.ramadhan kareem everyone. btw,my timetable for this semester is a lot better compared to the last semester.i try to avoid from having too many labs by not doing chemistry 2B this semester,but i just love the subject T.T sayonara~ but 5 hours lab every will be too hard for me,coz i'm gonna hv 4hrs 30min lab for biology evry week,too.


below is my timetable for semester 1. THURSDAY.


21 July 2012

TRIP TO NEW ZEALAND PART 2 : INVERCAGILL & DUNEDIN



9 July 2012(Queenstown):

Berat hati nak tinggalkan Queenstown, rasa seolah-olah dipanggil untuk kembali (hehe). Kami teruskan perjalanan ke Invercagill, tapi kami singgah di Arrowtown (previously mentioned in 1st post). Just a small town, not much to describe. oh ye, credit to the owners of below pics, some are mine, and good one are theirs. Haha. 


Hari terakhir di queenstown. Ignore paling kanan yang bajet korea. haha



future pharmacist @Arrowtown



Sebenarnya aku agak konfius, yang mana pergi dulu. Jadi aku sortkan ikut colour tudung aku =.=". 




Saderisss. Aik, dah bertambah?

Tak banyak benda untuk diceritakan di Invercagill. Yang menarik, sbb dia paling south. Waktu kami tiba di satu tempat,bluff(?!) nmpk byg stewart island sebelum dilitupi kabus.


10 July 2012 (Invercagill) : 
Bertolak ke Dunedin!


Nak tengok penguin, tapi penguin busy bershopping hahahaha (lupa nama tempat ni apa)




Purakaunui Falls! Dengan photographer yang kebas kakinya lepas berendam dalam air berjam-jam. Hahaha


Semasa incik Munzer drive, tiba-tiba kami didatangi segerombolan makhluk berbulu. Oh, Biri-biri comel. That was awesome, we saw how they transfer the sheep. Yang lawak nye, selepas segerombolan biri-biri pergi, datang lagi segerombolan. Dan ada seekor yang ternampak munzer keluarkan kamera,nak ambil gmbr diorg sebenarnya, tapi mungkin nampak macam senapang jadi dia stop,and semua yang lain berhenti jugak. Lama pulak tu. Sampailah ada anjing datang dan halau biri-biri tu untuk gerak. Haha. Anjing tu mmg dah di train pun Panjang pulak kisah pasal biri-biri hohoho.


For dinner? : Angus Burger!


Aku dan Hanim bermalam di rumah Alia,Linda,Tim,Amal,dan Hannan. Rumah diorg 2 tingkat,dan rupanya diorg senasib dengan aku. Kadar B. haha

11 July 2012 (Dunedin): 
Harini aku dan Hanim bersiap seawal 8.45am (tak lah awal mana pn hoho) sebelum di ambil bapak dan abang long, dan yang lain-lain juga. Destinasi pertama, The Steepest Road. Lelah nak naik ke puncaknya, macamana lah kalau bawak kereta manual atas ni. Kami juga 'menjalankan eksperimen', how steep the road is, apabila kak tina melepaskan botol airnya, manakala kak sue penutup kameranya. Hahaha Memang curam.



that's us, from left : kak mira, kak ino, abe qale, dan aku.


Next, teruskan perjalanan nk tengok burung Albatross, tapi angin tak kuat, maka burung tu tak terbang (mengikut teori Munzer). Dan kami tunaikan solat di sini. Travel, travel jugak. Solat jangan diabaikan ye ;)



Kilang Cadbury! Kami join Shortened Tour, tapi rupanya sangatlah short. Cisss. Apapun,menarik.
Thumbs up! 


Destinasi seterusnya, Tunnel Beach. Subhanallah, cantik betul pemandangan. Dek kerana acap kali melihat pemandangan indah seperti ini, aku dan Hanim hanya tangkap gambar dengan mata hari (poyo gile!) sebab dah tak larat nak tangkap gmbr. Kat sini, incik2 photographer tangkap gambar milky way lagi, tapinya aku tak mampu nak melihat,sebab sejuknya sampai ke tulang.


Seterusnya, kami singgah di University of Otago untuk bergambar.


For dinner.


Railway Station Dunedin yang sangat awesome. Kat sini kami menggila apabila menyanyi syok sendiri buat video klip. Tapi seriously, suara kak Tina sangat sedap, dan kak mira menari comel gile haha >.<. Lama jugak kami berphotoshoot di sini. Almaklumlah, malam terakhir. Walaupun agak rude sebab dah batalkan janji dengan orang yang kami tumpang rumahnya utk dinner sekali, i just can't miss this opportunity to be with em' for the last time! Credit to Munzer for these 2 pics.



Kami singgah di suatu tempat, yang abe qale bawak. Dari situ boleh nampak satu Dunedin. Subhanallah, pergi waktu malam, tersangatlah cantik dengan lambakan lampu-lampu. Malangnya terlalu sejuk, kalau ambil gambar pun hudusss sbb kamera cikai, makanya aku ambil gmbr dengan mata hati lagi hoho. Kami lepak di McD buat terakhir kalinya, and i just love this moment. Heart to heart yawwww. Actually dah tulis time makan tadi on a piece of payyper, we're there to read what others wrote about each person. Kak Tina, first time i saw her, never knew she gonna be really funny and so kinddd.she would offer her stuff everytime i said i dont hv this n that. Kak Ino, we gettin closer coz we went to milford sound,glenorchy together.pretty,nice,n there smtg special about her that makes people like her. Kak Lily, i know her few yrs back then, but only now i know how innocent/sweet she is. shes so photogenic,and i envy that. kak mira mir, she's cute,funneh, and nice. just the way i expected. but we spend little time together,i din get to know her well.sobs. Munzer,si photographer.selalu serius, ingatkan garang.but he's not.just love the way he drive, sangat berhati-hati yaw. Qalam,know him since last yr coz sue showed on fb,'muka mamat ni mcm siwon'.ada iras jgak,but finally met him in Queenstown. Totally different from wht i expected, gila-gila orgnya. p/s: dan kasanova jgk hoho. guess what. kami balik pukul 3 pagi yaw. and i cant sleep throughout that precious 2 hours coz it was freaakkinn cold.



12 July 2012 :
Time to say goodbye. Macam biasa, berat hari nak tinggalkan South Island, dan berpisah dengan Qalam (Auckland), kak Mira Mir (Auckland), dan Munzer (ke Christchurch). The rest akan ke Wellington, tapi of course, the feeling won't be the same. Aku akan rindukan trip ini, dan sedih sebab diorang dah tak ada kat New Zealand next year. Kalaulah kita dapat sama-sama bertrip lagi! I love you guys so much. Saranghae!


heading to Wellington (Part 3!)

18 July 2012

TRIP TO NEW ZEALAND PART 1: QUEENSTOWN

Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu berada di bumi kiwi, akhirnya aku selamat kembali ke bumi Adelaide. Kesyukuran yang tidak terkira aku panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana di sepanjang trip aku di sana, tidaklah aku mengalami masalah terutamanya yang berkait dengan flight, terlebih kilo,sakit ataupun masalah dengan kereta yang dipandu ahli trip kami sendiri.

Subhanallah, terlalu indahnya ciptaan-Nya, dan Alhamdulillah, atas kesempatan yang dikurniakan-Nya untukku menikmati keindahan alam yang diciptakannya. Syukur juga kerana aku dipertemukan dengan orang-orang yang tak pernah ku sangka akan rapat sebegini, sehinggakan sukar untukku mengucapkan selamat tinggal. Sesungguhnya, trip kali ni betul-betul bermakna dalam sejarah hidupku.

Perjalananku bermula dengan flight menuju ke Auckland, sekitar jam 11.30 pagi. Kami tiba awal, dan boleh dikatakan kami menunggu hampir 12 jam untuk flight ke Queenstown pula. Alhamdulillah, kami dipermudahkan apabila dipertemukan dengan ‘viewing point’, yang mana kami habiskan sepanjang malam di sini. Kami juga bertemu 2 orang perempuan Melayu yang sudah berkeluarga, dan berbual-bual mengenai bumi kiwi serta latar belakang masing-masing.

Seawal 5 pagi, kami bergerak ke domestic terminal,yang mana kami perlu menaiki bas untuk ke sana. Di sana,kami mengerjakan solat subuh sebelum check in dan Alhamdulillah, kami tiba sekitar pukul 10pagi, dan bertemu dengan 3 orang Malaysian yang turut ke Queenstown juga,iaitu Kak Ino, Kiran, dan Kak Pika. Mujurlah mereka bawak makanan, dapatlah kami mengisi perut. Semalam kami dinner makan subway, dan breaksfast dengan meggi kat Auckland airport.


Dalam pukul 1 petang, rombongan cik Kiah kakakku sampai, aku bertemu dengan Kakakku, Kak Lily, dan Kak Tina. Kami kemudiannya naik shutter dan terus ke backpackers yg sudah ditempah 2 bulan yang lepas, iaitu Blacksheep Backpackers. Tempatnya agak kecil, tapi oklah sebab dekat dengan town. Sampai saja, kami terus ke Skyline. Naik gondola, dan 2 Luge. Seriously, sangatlah awesome. Pemandangan dari atas sangatlah cantik,tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Dalam perjalanan pulang ami mencari kedai runcit,yang ada hanyalah yang cekik darah, namun kami terpaksa juga beli,tiada pilihan. Kami pulang ke backpackers, masak untuk dinner dan sediakan makanan untuk hari esoknya, dan hari ini juga seorang lagi ahli trip kami sampai,iaitu Munzer, si Photographer handalan.
















hari ke 2,Seawal 7.30 pagi, kami menunggu bus untuk ke Milford Sound, tiket kami beli dengan harga kalau tak silap AUD 80, tak ingat sangat. Agak jauh juga perjalanan ke Milford Sound, lebih kurang 4 jam pergi 4 jam balik, tapinya kami tak rasa bosan sebab dia akan berhenti setiap kali ada tempat menarik seperti Mirror Lakes. Kami sampai sekitar pukul 7 malam dan seperti biasa masak untuk dinner dan untuk lunch besok hari. Kami juga menyambut ketibaan kak mira dan qalam yang drive dari Christchurch dek kerana tertinggal bas.

Hari berikutnya, kakakku dan 3 orang rakannya ke Mount Cook, manakala aku,hanim,kaki no dan Qalam masih ragu-ragu untuk ke mana. Kami akhinya buat keputusan untuk tidak ke Mount Cook, kerana jalannya agak berbahaya. Buat yang masih tak tahu, ‘black ice’ sgtlah berbahaya. Kita takkan perasan kewujudan black ice, sehingga kita berada di atasnya. Dan bayangkanlah bila tayar atas ais, mestilah tergelincir. Sebelum ni ada terdengar cerita, ada senior yang bawak keluarga ke sini. Kurang bernasib baik, keretanya terbabas. Adiknya tercampak keluar dan akhirnya terpaksa dirawat selama sebulan di sini sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.  Jadi kami pergi ke Glenorchy,  dan kononnya mahu ke Lake Sylvan tapinya kena jalan 40 minutes,jadi kami cancel. Yang paling best,kami singgah di sungai yang beku,separa ais. Aku seperti orang gila duduk meluncur2 atas air dek kerana jakun,terjatuh la,macam2. Sebelum balik, kami singgah di satu tasik,rasanya Tasik Wakatipu.










Hari ketiga, kami semuanya gerak bersama-sama. Pergi main snow kat Cardrona, pergi puzzling world, Lake Wanaka yang sejuk gila, kami makan kat situ. Sejuknya rasa sakit mencucuk-cucuk. Kami pulang, dan macam biasa dinner, dan sediakan makanan untuk hari esoknya. Yang terkejutnya aku terjumpa pown, farid sayuti, and adham kat dapur backpackers ku. Yang bestnya,depa ni duduk hotel. Hamboih kayo bebenau. Tompang masak je kat situ.













Hari terakhir kami singgah di Arrowtown, malangnya tempat yang pakai2 costume tu tutup. Dan aku try minum hot chocolate kt Patagonia, perghh osem gile. Dan seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Invercagill, which I’ll write on the 2nd part.


p/s: gambar berterabur,malas nak susun balik.