Sempena Hari Raya Aidiladha yang lepas, keluarga aku pulang ke kampung, namun aku menolak. Memandangkan aku masih di Shah Alam, dan ayahku mahu aku menumpang barang-barang di rumah bapa saudaraku yang tinggal berdekatan area Shah Alam, jadi aku mengambil keputusan untuk beraya di sana saja. Malas untuk pulang ke Kelantan. 6 jam perjalanan, memang memenatkan. Dan bagiku, tak ada apa yang menarik untukku pulang. Begitulah lagaknya seorang insan yang angkuh, yang buta hati.
Jadi aku pulang ke Kuantan awal sehari, iaitu pada hari sabtu. Aku tinggal berseorangan, bertemankan Streamyx dan Astro yang mampu menghilangkan rasa takut kerana aku tak rasa keseorangan dengan adanya 2 medium tersebut. Keluargaku sampai dari Kelantan pada hari Ahad, lebih kurang jam 7 petang. Rasa gembira sangat, sebab tersangatlah lama dah tak berjumpa.
Jam 7 pagi keesokan hari, aku terdengar perbualan ayahku. Mungkin dengan adiknya. Kedengaran seperti kami terpaksa pulang ke kampung, dan aku dah mula rasa tak sedap hati. Tak lama lepas tu, ayah aku berkata, ‘ Siap-siap sekarang, kita nak balik kampung, Mok meninggal’.
Rasa speechless time tuh. Tergamam. Terkesima. Bukan apa, aku terkilan sebab tak dapat jumpa nenekku buat kali terakir. Tak dapat meminta maaf, tak dapat nak berbual buat kali terakhir sedangkan adik beradikku yang lain semua dapat. Bukan tak berpeluang, tapi kerana silapku sendiri. Rasa menyesal sangat, mustahil untuk aku jumpa arwah dah lepas ni. Malah semasa hayatnya juga, aku taklah rapat dengan arwah. Sebab arwah seringkali sakit sakit, jadi sukar untuk bergurau senda. Namun, sehari sebelum pemergiannya, mak aku mengatakan arwah seperti sihat walafiat, sudah mampu bergerak dan sebagainya. Dan mereka berbual bual mesra, dan aku. Aku tak ada pada ketika itu.
Kami sampai ketika arwah sudah selesai dikafankan dan disembahyangkan. Perjalanan ke Kelantan bukan sekejap, malah mengambil masa 6 jam. Mujurlah kami sempat melihat arwah dikebumikan, dan kami sempat menciumnya buat kali terakhir.
Ampunkan dosa arwah ya Allah. Tempatkanlah arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Tabahkanlah hati ayahku juga ya Allah.
Dan, malam kelmarin, kilat dan guruh sangatlah kuat kat kampung aku. terus aku tak dapat tidur, sedangkan family aku yang lain tidur nyenyak. sangat menakutkan, sumpah doe. dahlah rumah kayu, time guruh tu bergegar rumah aku rasa, sangat kuat, pastu elektrik terpadam, terus gelap gelita. 2 kali bhai, rasa mcm nak kiamat. dalam hati aku, 'ya Allah janganlah kau matikan aku ketika ini. sesungguhnya amalanku masih belum cukup untukku menemuimu ya Allah' sambil kakiku rasa menggeletar. Tiba tiba kakakku bersuara, 'sedangkan kita yang tidur beramai ramai ni pun takut dengan kilat dan guruh tersebut, cuba bayangkan kita kat dalam kubur kelak'. Dan serentak dengan itu. aku terus teringatkan nenek aku yang baru dikebumikan. Bagaimanakah kehidupannya dalam kubur ya Allah. Permudahkan hidupnya di sana ya Allah, ampunkanlah dosa arwah ya Allah semasa masih hayatnya. Tempatkanlah beliau dalam kalangan orang-orang beriman, orang-orang yang kau redhai ya Allah.
Amin.





























