Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

18 July 2012

TRIP TO NEW ZEALAND PART 1: QUEENSTOWN

Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu berada di bumi kiwi, akhirnya aku selamat kembali ke bumi Adelaide. Kesyukuran yang tidak terkira aku panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana di sepanjang trip aku di sana, tidaklah aku mengalami masalah terutamanya yang berkait dengan flight, terlebih kilo,sakit ataupun masalah dengan kereta yang dipandu ahli trip kami sendiri.

Subhanallah, terlalu indahnya ciptaan-Nya, dan Alhamdulillah, atas kesempatan yang dikurniakan-Nya untukku menikmati keindahan alam yang diciptakannya. Syukur juga kerana aku dipertemukan dengan orang-orang yang tak pernah ku sangka akan rapat sebegini, sehinggakan sukar untukku mengucapkan selamat tinggal. Sesungguhnya, trip kali ni betul-betul bermakna dalam sejarah hidupku.

Perjalananku bermula dengan flight menuju ke Auckland, sekitar jam 11.30 pagi. Kami tiba awal, dan boleh dikatakan kami menunggu hampir 12 jam untuk flight ke Queenstown pula. Alhamdulillah, kami dipermudahkan apabila dipertemukan dengan ‘viewing point’, yang mana kami habiskan sepanjang malam di sini. Kami juga bertemu 2 orang perempuan Melayu yang sudah berkeluarga, dan berbual-bual mengenai bumi kiwi serta latar belakang masing-masing.

Seawal 5 pagi, kami bergerak ke domestic terminal,yang mana kami perlu menaiki bas untuk ke sana. Di sana,kami mengerjakan solat subuh sebelum check in dan Alhamdulillah, kami tiba sekitar pukul 10pagi, dan bertemu dengan 3 orang Malaysian yang turut ke Queenstown juga,iaitu Kak Ino, Kiran, dan Kak Pika. Mujurlah mereka bawak makanan, dapatlah kami mengisi perut. Semalam kami dinner makan subway, dan breaksfast dengan meggi kat Auckland airport.


Dalam pukul 1 petang, rombongan cik Kiah kakakku sampai, aku bertemu dengan Kakakku, Kak Lily, dan Kak Tina. Kami kemudiannya naik shutter dan terus ke backpackers yg sudah ditempah 2 bulan yang lepas, iaitu Blacksheep Backpackers. Tempatnya agak kecil, tapi oklah sebab dekat dengan town. Sampai saja, kami terus ke Skyline. Naik gondola, dan 2 Luge. Seriously, sangatlah awesome. Pemandangan dari atas sangatlah cantik,tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Dalam perjalanan pulang ami mencari kedai runcit,yang ada hanyalah yang cekik darah, namun kami terpaksa juga beli,tiada pilihan. Kami pulang ke backpackers, masak untuk dinner dan sediakan makanan untuk hari esoknya, dan hari ini juga seorang lagi ahli trip kami sampai,iaitu Munzer, si Photographer handalan.
















hari ke 2,Seawal 7.30 pagi, kami menunggu bus untuk ke Milford Sound, tiket kami beli dengan harga kalau tak silap AUD 80, tak ingat sangat. Agak jauh juga perjalanan ke Milford Sound, lebih kurang 4 jam pergi 4 jam balik, tapinya kami tak rasa bosan sebab dia akan berhenti setiap kali ada tempat menarik seperti Mirror Lakes. Kami sampai sekitar pukul 7 malam dan seperti biasa masak untuk dinner dan untuk lunch besok hari. Kami juga menyambut ketibaan kak mira dan qalam yang drive dari Christchurch dek kerana tertinggal bas.

Hari berikutnya, kakakku dan 3 orang rakannya ke Mount Cook, manakala aku,hanim,kaki no dan Qalam masih ragu-ragu untuk ke mana. Kami akhinya buat keputusan untuk tidak ke Mount Cook, kerana jalannya agak berbahaya. Buat yang masih tak tahu, ‘black ice’ sgtlah berbahaya. Kita takkan perasan kewujudan black ice, sehingga kita berada di atasnya. Dan bayangkanlah bila tayar atas ais, mestilah tergelincir. Sebelum ni ada terdengar cerita, ada senior yang bawak keluarga ke sini. Kurang bernasib baik, keretanya terbabas. Adiknya tercampak keluar dan akhirnya terpaksa dirawat selama sebulan di sini sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.  Jadi kami pergi ke Glenorchy,  dan kononnya mahu ke Lake Sylvan tapinya kena jalan 40 minutes,jadi kami cancel. Yang paling best,kami singgah di sungai yang beku,separa ais. Aku seperti orang gila duduk meluncur2 atas air dek kerana jakun,terjatuh la,macam2. Sebelum balik, kami singgah di satu tasik,rasanya Tasik Wakatipu.










Hari ketiga, kami semuanya gerak bersama-sama. Pergi main snow kat Cardrona, pergi puzzling world, Lake Wanaka yang sejuk gila, kami makan kat situ. Sejuknya rasa sakit mencucuk-cucuk. Kami pulang, dan macam biasa dinner, dan sediakan makanan untuk hari esoknya. Yang terkejutnya aku terjumpa pown, farid sayuti, and adham kat dapur backpackers ku. Yang bestnya,depa ni duduk hotel. Hamboih kayo bebenau. Tompang masak je kat situ.













Hari terakhir kami singgah di Arrowtown, malangnya tempat yang pakai2 costume tu tutup. Dan aku try minum hot chocolate kt Patagonia, perghh osem gile. Dan seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Invercagill, which I’ll write on the 2nd part.


p/s: gambar berterabur,malas nak susun balik.


No comments: