Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

22 June 2012

musim exam

Assalamualaikum.

Sekarang kan tengah musim exam, macam-macam ragam aku tengok.Ada yg selalu update,berapa paper lagi tinggal eg 2 down,3 more to go.yela memang orang concern sangat kau tinggal berapa paper lagi. *tangan ke dada mata ke atas. hehe jk jk. kalau yang selalu update down tak leh jawab tu tak lain dan tak bukan adalah aku. 

Dalam musim exam ni, kita akan jadi lebih sensitif tentang sesuatu perkara. Ada orang tak basuh pinggan kat dapur,terus rasa nak mengamuk.Kawan lambat,dalam hati menyumpah-nyumpah.Ni contoh je la eh.Tak de kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Tapi apa apapun, kenalah berlapang dada. Terimalah dengan hati yang ikhlas, dalam diri kita pun, banyak yang tak kena cuma kita tak sedar sebab kita selalu rasa yang kita ni perfect!

Konsep tawakal dan redha tu pulak,janganlah disalahgunakan. Study week layan drama,main game,dating dsb. Pastu tak cukup masa nak study. Bila exam tak dapat jawab. Then kata tawakal jela. Tawakal kepala hotak hannggggg (terkena diri sendiri). Dan seterusnya, tawakal kenalah disusuli dengan redha. Dapat rendah, redha jela. Kan Allah pandang usaha,tak pandang result. Lagipun kalau nak DIA boleh je bagi 100% pun. Ada lah tu hikmahnya, tak nak kita riak dan lain2. Aku pun kadang2, ada gi exam, kompiden bukan main. Bila nk jawab,konfius dengan soalan. Tup2 dapat rendah je.

Dan kenalah sentiasa berdoa ye kawan2. Sebelum, semasa, dan selepas exam. 

Dan lagi satu. Kita study nk suruh faham dan master dalam topik tu. siapa yang bagi kefahaman tu? 'Allah'. Kalau kita study, tapi dalam masa yang sama kita langgar perintah Allah, seperti tak tutup aurat, melambat2kan solat, agak2 Allah nak ke bagi kita kefahaman tu? Tepuk dada tanya iman.


macam biasa. bilik aku akan jadi tak terurus gila musim exam ni.(ni version kemas sket)


perkenalkan,, madi dan nana. study group di hub central


1 comment:

yuna icha said...

good luck to all of u!!! semoga dipermudahkan segala urusan..