Assalamualaikum wahai manusia yang membaca
terima kasih kerana sudi singgah, meskipun, blog ni sudahpun bersawang
selesai sudah minggu pertama, sem pertama, tahun terakhir aku di sini
cepatnya masa berlalu
teringat saat kak mira telefon, ketika dapat confirmation akan datang ke adelaide
pejam celik pejam celik, dah 3rd year
ada perasaan yang mengatakan aku tidak akan sambung hons atau master di sini
tentulah kalau ada peluang, aku mahu
cuma aku tidak yakin aku boleh melakukannya
sejujurnya ini bukanlah bidang yang aku minati
namun bukan semuanya akan terjadi mengikut kehendak hati
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya
jadi kita harus redha, dan tempuhinya dengan memohon pertolongan daripadanya
bermula tahun ini barulah aku berfikir serius tentang alam pekerjaan
sebelum ini aku hanya tahu untuk belajar, janji duit elaun masuk
tapi sampai bila
umur makin meningkat
ya aku menyesal tidak memohon utk buat intern di mana2 syarikat cuti semester haritu
meskipun ianya bukanlah wajib untuk course yang aku buat ini, seharusnya aku lebih berfikir tentang pengalaman dan resume aku kelak, berbanding keseronokan bercuti semata mata
namun apakan daya
masa dah berlalu
ini pengajaran untuk diri yang malas ini
berakhir soal kerjaya, mari beralih ke cerita rumahtangga
chewah
tiba tiba aku rasakan 22 tahun ini sudah cukup tua
sudah sampai masa aku mencari seseorang dengan serius
ramai sudah rakan sebaya dia Adelaide ini yang sudah berkahwin
semoga mereka bahagia, dan mampu membahagikan masa antara pelajaran dah keluarga
ramai yang bertunang, ada yang dah dirisik
aku di sini gigit jari je.
eh emo pulak.takde lah
kalau ditakdirkan ini tahun terakhir aku di Australia, haruslah aku dengan lebih usaha untuk mengumpul duit yang mana oz dolar kalau ditukar pada rm sangatlah tinggi.
kalau orang lain simpan duit untuk kawin,beli kereta, beli rumah, gajet or whatsoever
the main reason aku simpan duit adalah,
sebab org lain simpan duit
kalau tak aku akan rase ketinggalan lol
and if this is my final yr,
i should indulge these precious time left
rather than feeling homesick or annoyed with the weather whatsoever
random pic: 3 weeks old mice, dissected to get the testicles to obtain meiotic cells for immunostaining of synaptonemal complex
there people are my cousins and siblings. i am so gonna miss them all!

1 comment:
Paah! T.T rindu lak zaman intec huhu.. Goodluck paah in whatever u do, blajar rajin2 k :) u r oneof my bestfrens hee ade chemistry tp sygnya x uni sama -.-
Post a Comment