Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

20 June 2011

perginya seorang lagi sahabat.



ada seorang lagi sahabat
telah kembali menemui-Nya pada 3 hari lepas
bayangkan betapa peritnya rasa seorang ibu dan ayah,
bila anak yang terpaksa pergi dahulu sebelum mereka,
perginya seorang anak yg pintar,
yang baru sahaja selesai menduduki A-level
betapa mereka mahu melihat anaknya berjaya
namun tak jua kesampaian
di ruang facebooknya dipenuhi gambar gelak tawa,
riang bersama teman-teman, kegembiraan terpancar sesudah berjaya menamatkan program yang,
susahnya mereka je yg rasa
berapa ramai kawan yang terkedu
rasanya baru semalam berseloroh
harini arwah sudah tiada
perginya beliau pada penghulu segala hari
moga-moga ini suatu petanda baik
pemergian mu amat dirasai
walau bukanlah serapat mana
tapi kerana kita adalah teman seperjuangan suatu ketika dahulu

kau beruntung
kau tahu bila kau akan pergi.
tapi kami.
boleh sahaja nyawa kami dicabut dalam keadaan kami alpa.
mungkin kerana terlalu sibuk dengan duniawi
sehingga terlupa penciptaan sebenar manusia oleh Allah
yakni sebagai khalifah dan beribadah.

semoga kau aman di sana. :)








No comments: