08 September 2013
face it
maafkan aku ya Allah
kalau aku nampak seperti hamba yang tak pernah bersyukur
terdetik di hati sebentar tadi
kalaulah aku dapat kembali pada hidupku, 5 tahun lepas
sebab fasa sekarang adalah fasa penentuan
tentang kerjaya dan keluarga
mana boleh bergoyang kaki sekarang
masa depan adalah yang utama.
kemudian aku terfikir, 5 tahun lepas, yang mana aku berusia 17 tahun
bukan mudah juga
terpaksa bertungkus lumus demi untuk cemerlang dalam 9 subjek
dan aku terfikir, kalaulah dapat kembali pada hidupku, 10 tahun yang lepas
10 tahun lepas, ketika aku berusia 12 tahun,
siapa kata hidupku mudah
dengan perubahan emosi, hormon kononnya kerana nak meningkat remaja
dan pertama kali menduduki peperiksaan besar(UPSR)
tentu sekali, ianya bukan mudah
dan akhirnya aku sedar.
daripada lari dengan kenyataan
baiklah aku hadapinya dengan cara terbaik
meski pulangannya tak seperti yang disangka.
dengan asam garam hidup 22 tahun
haruslah aku jadi seorang yang lebih matang
bukan lagi budak hingusan yang mesti disuap
belajar untuk buat keputusan sendiri
bukannya terikut-ikut dengan orang lain
semoga Allah permudahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment