assalamualaikum. aku baru sahaja balik dari winter trip selama 7 hari ke Melbourne dan Sydney. Letih memanglah letih, terutamanya semasa berjalan-jalan seharian di Sydney. nak tercabut rasanya kaki ni. tapi seronok ;) esp bila dapat tgk Opera House dan Harbour Bridge. dekat Melbourne banyak shopping je. Souveniors kat sana murah gile.
kalau ditanya kenangan manis, tentulah semasa ber-snowboarding dan sandboarding. next post aku cerita pasal sandboarding yea. dan rasa seronok, bila dapat duduk bersama-sama kakak-kakak dan teman-teman dalam Hiace besar gedabak tu. duduk serumah. dan dapat mengenali satu sama lain dengan lebih rapat. kak fakhi, kak syu, kak ainul, kak jiah, kak tiqah, wani, sarah, anem, ayu semuanya best. tak lupe jugak kak nas yg comel gile haha. rindu those moments ;) the last day kitorg bersama, kitorg main teka teki sampai lewat pagi, nak teman akak2 tu masak.
dan kenangan yang tak dapat dilupakan adalah semasa berhenti untuk sembahyang subuh kat satu perhentian ni masa dalam perjalanan ke Sydney. Sejuk nya tak tertahan, kat sink cuma ada air sejuk. angin kuat sangat2. dan sembahyang subuh dalam keadaan menggeletar satu badan. entah kenapa rasa seronok bile teringat balik. mungkin kerana pengalaman ni susah nak dapat. dan kat sini tak ada surau. jadi jika mahu solat sewaktu dalam perjalanan kami akan sembahyang atas kanvas sambil dipandang pelik oleh mat salleh.
gambar-gambar kat bawah ni sewaktu di Mount Buller. Alhamdulillah ya Allah, kau kabulkan impian aku dari kecil untuk memegang salji.
sewaktu dalam perjalanan. excited giler bila nampak snow ;)
toboggan yeah
teman-teman seperjuangan ;)
4 comments:
wah,best siot. kalau aku pergi aussie, kau bawak aku leh?
best nya ! snowww ! :DD
wee shepaah best nye.sejuk menggigil ye noks? kikiki. -mijafazilhothehe-
amar: dtg lagi 2-3 tahun bila aku dah familiar bru bes haha
syasha: first time, jadi jakun sket haha
mijahotsetap: tangan serius sakit sbb sjuk sgt haha
Post a Comment