Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

06 June 2010

tempoh itu

kecewa rasa bila diri dirasakan lemah,
tempoh itu,
tempoh yang dirasakan begitu lama,
tempoh paling menyeksakan,
tempoh menderitakan bagi insan kerdil ini
harga diri dirasa begitu rendah
serendah buku lali
ataupun adakah di tapak kaki?
walau cuba kembali
kembali untuk normal
normal seperti dulu
ya.berbelas tahun dahulu
tetap gagal
terimalah hakikat
masa berbulan-bulan sahaja
mampu merubah seorang insan
yang bertahun-tahun sebelumnya
jauh berbeza perwatakannya
kecewa dan sedih
kalaulah seseorang merasa derita ketika itu
tak pernah berselera untuk makan
kalaupun ada
hanyalah sekadar mengalas perut
setiap hari gelisah
resah menantikan detik yang mendatang
kerana setiap kali pasti berakhir dengan kekecewaan
dan pasti akhirnya diiringi air mata
bukan kerana gagal
tetapi kerana kecewa dan buntu
hati gusar memikirkan masa-masa di hadapan
mampukah ditempuh?
cuba berlagak normal
hakikatnya penuh masalah jiwa


No comments: