Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

29 May 2010

pemuisi jalanan

Mudahnya berbicara

Bukan kau yang rasa

Bukan kau yang menderita

Walau wujud sekelumit rasa itu

Takkan ku biarnya menguasai diri


Aku jua punya harga diri walau tak seberapa

Yang kian luntur saban hari

Semuanya salahku sendiri

Mujurlah wujud secebis keinsafan diri

Membawa diri bersedia menghadap Ilahi


Hatiku pernah bergolak

Sungguh pedih ketika itu

Masa seolah sengaja lambat berlalu

Aku cuba untuk menghadapinya sendiri

Namun gagal walau cuba ku gagahi

Lemahnya diri ini

Ternyata keluarga dan teman

Pendengar setia hati yang luka ini


Kini tidak lagi

Aku bukan insan seperti dulu lagi

Kian tenang hari ke hari

Melalui hari-hari dengan senangnya hati

Tiada lagi keluh kesah di hati

Semua ini apabila aku berjaya melupakan insan ini

Alhamdulillah ya Allah


Pergi kau dari hidup ini

Insan kerdil ini tidak mahu memori lamanya

Bertandang kembali

Jangan kau ungkit kisah silam kita

Yang penuh kepahitan berbanding manisnya

Usah kau kembali walau dengan kemenangan

Kerana ternyata aku

Aku.....Aku

Sudah berjaya melupuskan kau dari ingatan

Kosong....Kosong


No comments: